CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 30, 2009

Cerita Kedai Kopi

Tajuk tu tak ada kene mengena dengan cerita yang nak aku share ni....teringat lak satu tajuk lagu...cerita kedai kopi...best gak laku tu, dalam menyindir ada terselit nasihat yang berguna pada semua..

Hari ni aku dah start mengajar balik..macam biasa tekanan mesti ada. Terkadang aku terfikir, layakkah aku menjadi seorang guru walaupun aku tak mampu nak mengajar anak didikku bagaimana abjad a....sedih bila mengenangkan apa yang berlaku, salah aku atau salah mereka...bukan salah mereka, dorang tu tak mintak pun jadi macam ni....mungkin salah aku, sebab aku tak pandai nak mengajar ....
Ya Allah bantulah aku, lancarkan lah penjelasan aku, supaya anak muridku faham apa yang ingin aku sampaikan...
Balik dari bercuti, semua pun dah tak ingat, abjad a, b, c, semua tunggang langgang. Macam mana nak eja buku, macamana nak eja dadu, semua terbalik...tu blom masuk bab menulis lagi, yang huruf b ditulis d, yang rabu jadi radu...huruf r ye terbalik, huruf kecil besar pun dah tak ingat....macamana nak aku ajarkan lagi....puas bermain, puan wat latih tubi, dah berbuku-buku, tapi masih begitu... bagaimana lagi ingin aku akusampaikan ilmu ..aku pun tak tahu dah...sudahnya, aku wat jer la yang termampu...
Kasih dan kasihan..bila tengok dorang ni, bukan macam kita, hidup senang lenang di semenanjung, dorang ni hidup susah, tapi menteliti dorang tak nak berubah...mungkin cara hidup dorang yang menyebabkan dorang dah terbiasa dengan keadaan sekarang...aku pun tak tahu...
Bila balik sini, dapat tahu satu cerita sedih, nama budak ni Enyau ak Numi. umurnya 12 tahun, bukan tak bijak, bukan tak pandai, tapi dia bekas murid pemulihan aku dulu. mula-mula aku masuk SKKM, dia langsung tak bleh membaca dan mengira, tapi kami pujuk dia elok2, lama-lama dia bleh membaca dan mengira, bayangkan dia salah sorang murid yang boeh diketogorikan cemerlang dalam kelas la....yang sedihnya, dia memang tak ada ayah, dia cuma dibela oleh datuk yang bekerja di Tatau...cuti lepas, kami dengar cerita hari sabtu baru dia balik, tu pun tumpang perahu orang kampung...mane dia duduk 3 hari tu...itu yang membuatkan aku sedih.. murid lain dah balik pada hari khamis lagi, dia hari Sabtu baru balik, makan ke, apa ke, kesian betul.
Terfikir nak dibawa ke semenanjung untuk dekolahkan dia, tapi takut sesuatu terjadi ...ye la...dia masih ada ibu dan datuk. tak bleh wat sebarang....tapi kalu ada datuk dan ibu pun, tapi tak pernah dijaga, macamana pulak...terfikir jugak, betapa untungnya kanak-kanak di semenanjung, beruntungnya mereka, walaupun susah macamana sekalipun, tapi kesusahan di sini tak pernah terbayang dek mereka..percayalah.....

ok lah..next time, banyak lagi cerita nak share tentang perjalanan kehidupan kat sini.....bubye...

No comments:

Post a Comment