CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 22, 2009

Kebiasaannya...

Sudah menjadi kebiasaan lately, aku and the geng, lepak kat hotel kat Bintulu ni...huh, dah nai penat duk hotel, walaupun tak berapa nak kelas, tapi asalka ada wireless, and bleh call and sms dengan baik sekali dah memadai bagi kami yang duduk di ulu sungai ni.....semalam dah menjejakkan kaki ke Bintulu, and hari ni dah bersiap-siap nak balik ke SK Kuala Mupt.

Adakala terdetik juga hati, rindu pada anak-anak disana, simpati menyebabkan aku masih bertahan untuk di sini. Banyak bekalan yang kitaorang bawak, dengan keropok kepingnya, aku bawakkan tepung muffin, aku nak bagi budak2 tu rasa bagaimana rasa muffin kek....kesian dorang ta' pernah makan kek aising pun...jadinya aku na dorang rasa macammana rasanya makanan di semenanjung.

Ha, bercerita tentang makanan di semenanjung, teringat kisah anyau, dia tak balik, aku masakkan dia masakan biasa kitaorang makan, ayam goreng pedas, bersiut-siut dia makan, "sedap anyau?" "nyaman cikgu, tapi pedas"hehehehe....aku hanya tersenyum je...bukan apa, biasanya masakan orang iban, sangat simple, tak macam kita kat semenanjung,. dorang biasa masak sayur air, rebusan ayam...kalau kat sememanjung, ita panggil rebus, tapi kat sini dorang panggil sup. pelikkan, bila wat sup tak letak perencah sup..hehehe, bukan sup tapi rebus jer....antahlah, tapi walau apapun kita makan, dan namanya makanannya, kita tetap bernaung di satu nama negara yang sama iaitu MAlaysia. Kita patut wujudkan dan kekalkan eharmonian negara kita yang sedia ada.

wokey la.. nak bersiap dulu..nanti kita jumpa lagi...

salam kenyalang.....

No comments:

Post a Comment