CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 7, 2009

Sejarah Ibunda Nabi Isa - Siti Maryam

Ayah Sayyidah Maryam bernama Imran. Sedang ibunya bernama Hannah binti Faqudz.

Hannah adalah seorang wanita yang sudah lama tidak mempunyai anak. Pada suatu hari ia bermimpi melihat burung yang memberi makan anaknya dengan meletakkan makanan tersebut kepada seorang anak perempuan kecil. Dari sebab itulah dia berkeinginan sekali dan selalu berharap untuk mempunyai anak.

Dia selalu saja memohon kepada ALLAH untuk dikaruniai anak. Dan ALLAH pun mengabulkan doanya itu. Pada suatu saat suaminya menyetubuhinya dan akhirnya dia mengandung.

Setelah benar-benar dia merasa hamil, maka dia bernadzar iaitu anak yang dikandungnya nanti akan dibiarkan sepenuhnya untuk beribadah dan mengurusi Baitul Maqdis.

Ketika waktu melahirkan tiba, maka lahirlah sang jabang bayi yang ternyata yang lahir adalah seorang wanita. Mendapati hal ini, dia sangat murung dan bersedih hati seraya berkata dalam hatinya,

Ya ALLAH, aku melahirkan anak perempuan. Dan Engkau lebih mengetahui tentang keadaan seorang perempuan. Akan tetapi, aku yakin bahawa ALLAH dalam menciptakan makhluk-NYA mempunyai tujuan tersendiri.

Setelah itu Hannah lantas memintakan perlindungan puterinya dan keturunannya kepada ALLAH dari syaitan yang terkutuk dan menamakannya dengan Maryam. Dan ALLAH pun mengabulkan doa Hannah ini.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahawasanya dia berkata,

Rasulullah bersabda, ‘Tidaklah setiap anak yang baru dilahirkan pastilah telah diperas syaitan dengan satu kali perasan atau pun dua kali perasan kecuali Isa bin Maryam dan Maryam (ibunya).
(HR. Muslim)

Rasulullah lalu membacakan firman ALLAH,

Dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.” (Ali Imran: 36)

ALLAH menerima nadzar Hannah sehingga puterinya tumbuh dan berkembang menjadi anak yang baik. ALLAH juga menjadikannya seorang wanita yang berparas cantik dan indah sedap dipandang mata. Maryam dijadikan ALLAH menjadi anak yang mudah menerima orang-orang soleh yang dari mereka ini dia belajar ilmu-ilmu agama dan tentang seputar kebaikan. Zakariya adalah orang yang selanjutnya mengasuh si kecil Maryam.

Ibnu Ishaq berkata,

Dia diasuh oleh Zakariya kerana dia adalah seorang anak yatim. Akan tetapi satu pendapat mengatakan alasan dia diashur Zakariya adalah, kerana pada saat itu satu tahun penuh Bani Israel dilanda bencana penyakit menular. Oleh kerana itu, Maryam lantas dititipkan orang tuanya untuk diasuh oleh Zakariya. Dan antara dua pendapat ini tidaklah saling bertentangan. Wallahu a’lam. (Ringkasan Ibnu Katsir, Juz I, halaman 347.)

Zakariya adalah suami dari bibi Maryam, dan ada yang mengatakan bahawa Zakariya adalah suami saudara perempuan ibunya Maryam sebagaimana hal ini disebutkan dalam satu riwayat yang shahih Yahya dan Isa adalah dua anak dari dua bersaudara. - HR. Al-Bukhari, dalam Al-Manaqib, 3887.

Maryam adalah seorang yang sangat tekun beribadah. Dan setiap Zakariya memasuki tempat khusus Maryam untuk beribadah, maka Zakariya kehairanan kerana mendapati makanan dan rezeki yang melimpah di sisinya.

Mujahid, Ikrimah, Said bin Jubair dan yang lain mengatakan,

Zakariya menemukan di dalam tempat khusus ibadah Maryam buah-buahan yang seharusnya berbuah di musim panas di musim dingin, dan menemukan buah-buahan musim dingin di musim panas.

Setelah Zakariya mendapati kejadian aneh tersebut, dia bertanya kepada Maryam,

Dari mana engkau dapati buah-buahan ini?

Maryam menjawab,

Dari ALLAH. Kerana bahawasanya ALLAH memberikan rezeki kepada orang yang dikehendaki-NYA dengan tanpa hisab (hitungan).”

ALLAH berfirman,

Sesungguhnya ALLAH telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing), (sebagai) satu keturunan yang sebahagiannya (keturunan) dari yang lain. Dan ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Ingatlah), ketika isteri Imran berkata,

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menadzarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Kerana itu terimalah (nadzar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata,

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan ALLAH lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.”

Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nadzar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan ALLAH menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, dia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata,

“Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?”

Maryam menjawab,

“Makanan itu dari sisi ALLAH.”

Sesungguhnya ALLAH memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-NYA tanpa hisab. (Ali Imran: 33-37)

Ketika Zakariya melihat Maryam dan segala kebaikan dan ketaqwaan dan bahawasanya ALLAH memberikan rezeki kepadanya dengan rezeki yang baik dan bahkan sampai di luar kewajaran, maka sekarang Zakariya mempunyai hasrat dan keinginan untuk mendapatkan rahmat dan kemuliaan ALLAH iaitu agar ALLAH memberikan rezeki kepadanya berupa anak. Meski dia adalah seorang yang sudah tua sedang isterinya adalah seorang wanita yang mandul.

Zakariya tidak pernah menyerah dan berputus asa untuk meminta rahmat dan keagungan ALLAH. Dia selalu berdoa kepada Tuhannya untuk diberikan keturunan. Dia bermunajat kepada ALLAH dan suara lirih berdoa kepada ALLAH sebagaimana disebutkan dalam firman ALLAH,

Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata.

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.”

Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakariya, sedang dia berdiri melakukan sholat mihrab, (katanya),

“Sesungguhnya ALLAH mengembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari ALLAH, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang soleh.” (Ali Imran: 38-39)

ALLAH mengabulkan doa Zakariya ini dan menganugerahinya seorang anak yang kelak akan menjadi Nabi iaitu Yahya Alayhissallam.

Mari kita lanjutkan kisah Maryam. ALLAH berfirman,

Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata,

“Hai Maryam, sesungguhnya ALLAH telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu). Hai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’. Yang demikian itu adalah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepada kamu (ya Muhammad); padahal kamu tidak hadir berserta mereka, ketika mereka melemparkan anak-anak panah mereka (untuk mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan kamu tidak hadir di sisi mereka ketika mereka bersengketa.” (Ali Imran: 42-44)

Malaikat memberikan khabar gembira kepada Maryam bahawasanya ALLAH telah mengistimewakannya dan menjadikannya sebagai orang pilihan, kerana banyaknya dia beribadah dan berzuhud. ALLAH juga memuliakan dan menyucikannya dibanding dengan wanita-wanita yang lain di seluruh jagad ini.

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Sallam,

Sebaik-baik wanita di muka bumi ini adalah Maryam binti Imran dan sebaik-baik wanita di muka bumi ini adalah Khadijah binti Khuwalid. (HR. Al-Bukhari & Muslim dalam Ash-Shahihain)

Mujahid berkata,

Kerana terlalu lamanya Maryam dalam berdiri beribadah, sehingga tumitnya membengkak. Dan bahawasanya ibu Maryam itu Hannah binti Faqudz ketika membawa sang bayi Maryam dalam gendongannya menuju ke masjid dan menyerahkannya kepada para rahib di Baitul Maqdis sebagai penjaga dan pemeliharaanya, maka sang ibu berkata,

“Ini anak langkaku aku serahkan kepada kalian.”

Maka rahib tersebut berebut untuk dapat mengasuh dan menjadi orang tua asuh Maryam kerana Maryam adalah anak dari imam mereka, iaitu Imran yang menjadi imam mereka di saat sholat.

Kerana mereka berebut untuk mendapatkan hak asuh Maryam, maka diadakanlah undian, dan ternyata yang keluar undian untuk mengasuh Maryam adalah Zakariya. - Ath-Thabari, 6/351.

Oleh kerana itu, Maryam tumbuh dewasa di bawah asuhan Zakariya. Maryam berkembang di lingkungan Baitul Maqdis sehingga dia menjadi seorang yang zuhud dan taat beribadah kepada Tuhannya.

Siang malam dia gunakan untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya sehingga tumitnya membengkak.

Suatu saat, malaikat datang kepada Maryam dengan membawa berita gembira bahawa kelak akan lahir dari rahimnya seorang anak yang sangat istimewa. Anak tersebut akan lahir dengan Kalimatullah, iaitu sekiranya ALLAH berkata langsung kepada sang janin,

Jadilah, maka jadi.

Dengan tanpa melalui hubungan senggama terlebih dahulu. Nama anak yang akan dilahirkannya tersebut adalah Al-Masih Isa bin Maryam.

Sebahagian ulama’ salaf mengatakan, alasan dinamakannya Isa dengan Al-Masih adalah kerana banyaknya dia melakukan perjalanan. Sedang sebahagian yang lain mengatakan, bahawa alasannya adalah kerana dia adalah seorang yang telapak kakinya rata tidak ada lekukannya. Sedang sebahagian ulama’ salaf yang lain mengatakan, bahawa alasan Isa disebutkan dengan Al-Masih adalah setiap kali dia menyentuh orang yang sakit, maka dengan seizin ALLAH, orang tersebut langsung sembuh.

Isa bin Maryam dinisbatkan kepada ibunya kerana dia tidak mempunyai bapa. Dan seperti ini adalah mudah bagi ALLAH kerana Adam Alayhissallam ini dilahirkan melalui ibu tanpa melalui bapa. Maha Suci ALLAH Dzat yang Maha Agung dan Dzat yang mencipta dan Dzat yang Maha Berkuasa yang jika mengatakan kepada sesuatu,

Jadilah, maka sesuatu itu akan langsung jadi.

Ketika Maryam mendengar khabar gembira yang disampaikan Malaikat, maka dalam munajat dan ibadahnya, Maryam berkata kepada Tuhannya,

Tuhanku, apakah aku akan melahirkan seorang anak, sementara tidak ada seorang pun yang menyentuhku?

Ini dikatakan Maryam dalam munajatnya kerana dia bukanlah seorang wanita yang sudah bersuami dan bukan pula seorang pezina atau pelacur.

Dalam menjawab pertanyaan ini, ALLAH melalui Malaikat-NYA berkata,

Begitulah ALLAH menciptakan sesuatu yang diinginkan-NYA. Dan anak yang akan kamu lahirkan ini akan mempunyai keistimewaan. Dan di antara keistimewaannya adalah dia akan berkata kepada manusia ketika masih dalam buaian.

Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu Alayhi wa Sallam bersabda,

Tidaklah dapat berbicara seorang bayi yang ada di zaman Juraij, dan seorang bayi yang lain lagi. - Zad Al-Masir, 5/217.

ALLAH berfirman,

Dan ceritalah (kisah) Maryam di dalam Al-Qur’an, iaitu ketika dia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur, maka dia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka, lalu Kami mengutus ruh Kami kepadanya, maka dia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna.

Maryam berkata,

“Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertaqwa.”

Dia (Jibril) berkata,

“Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu. Untuk memberimu seorang anak lelaki yang suci.”

Maryam berkata,

“Bagaimana akan ada bagiku seorang anak lelaki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina!.”

Jibril berkata,

“Demikianlah. Tuhanmu berfirman, “Hal itu adalah mudah bagi-KU, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.”

Maka Maryam mengandungnya, lalu dia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa dia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata,

“Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti, lagi dilupakan.”

Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah,

“Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah,

“Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.”

Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya. Kaumnya berkata,

“Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar. Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang penjahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang pezina.”

Maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata,

“Bagaimana kami dan berbicara dengan anak kecil yang masih dalam ayunan.”

Berkata Isa,

“Sesungguhnya aku ini hamba ALLAH, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang berbakti di mana sahaja aku berada dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) sholat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup, dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.” (Maryam: 16-33)

Ayat-ayat ini menceritakan kepada kita sebuah kisah menakjubkan tentang kelahiran Sayyidina Isa Alayhissallam sekiranya ibunya iaitu Maryam melahirkannya dengan tanpa bapa, padahal Maryam adalah seorang wanita suci yang tidak mungkin berbuat zina.

Ibnu Abbas berkata,

Jibril mendatangi Maryam dalam wujud seorang pemuda yang berwajah sangat putih, berambut kerinting dan berperawakan sedang. - HR. Al-Bukhari dalam Al-Ahadits Al-Anbiya’, 3436.

Para ahli tafsir mengatakan,

Jibril merubah bentuknya menjadi seorang manusia agar perkataannya dapat diterima Maryam, disamping agar dia merasa tenang dan tidak merasa ketakutan darinya. Meski demekian, Maryam meminta perlindungan kepada ALLAH dari Jibril yang sudah berubah bentuk menjadi manusia itu, dimana ini menunjukkan kesucian dan keiffahannya (terjaga harga dirinya).

Jibril lantas meniup penutup kaki Maryam dan dia tiba-tiba mengandung Isa Alayhissallam. Ketika Maryam merasa sudah mengandung, maka dia pun mengungsi dan mengasingkan diri ke arah timur Baitul Maqdis, untuk lebih meningkatkan beribadah kepada ALLAH dan agar dia dan kaumnya terdapat penghalang untuk saling bertemu.

Kerana perasaan takut dan khuatir dianggap sebagai seorang pezina kerana melahirkan seorang anak dengan tanpa ada bapanya.

Datanglah waktu untuk melahirkan dan rasa sakitnya yang teramat sangat. Maryam beranjak menuju ke sebuah pohon kurma kering untuk digunakannya sebagai tempat berpegangan untuk melahirkan.

Dalam keadaan yang sudah payah tersebut, dia berkata berputus asa,

Alangkah baiknya jika aku mati sebelum hari ini. Alangkah baiknya jika aku tidak dikenang dan tidak diingat lagi oleh orang lain. - Ini adalah redaksi dari Qatadah. Ibnu Abbas menggunakan redaksi, “Aku menjadi orang yang dilupakan.” Yakni alangkah baiknya jika aku tidak diciptakan dan tidak ada di muka bumi ini.

Tiba-tiba Maryam mendengar suara Malaikat dari arah bawah kurma tersebut dengan mengatakan,

Janganlah kamu bersedih kerana kejadian ini. ALLAH telah menjadikan bagimu sungai kecil yang mengalir di depanmu. Dan gerakkanlah pohon kurma kering di atasmu itu, maka ia akan menjatuhkan buahnya yang segar.

Hal ini dimaksudkan agar Maryam melihat mukjizat-mukjizat lain dari ALLAH iaitu menghidupkan pohon kurma yang telah mati setelah melihat aliran air tawar yang dingin yang mengalir di depannya. Itu semua adalah agar hatinya tenang dan agar dia tahu bahawa itu semua adalah keramat yang diberikan ALLAH kepadanya.

Selanjutnya malaikat tersebut berkata,

Jika kamu bertemu dengan orang dan menanyakan tentang anak yang kamu lahirkan itu, maka katakanlah,

“Sesungguhnya aku bernadzar untuk diam kerana ALLAH. Dan aku tidak berbicara dengan seorang pun dari manusia.”

Maryam diperintahkan untuk tidak berbicara dan menyerahkan jawabannya kepada bayi yang baru saja dilahirkannya itu untuk menjawab setiap pertanyaan orang yang akan menanyakan siapa bapa dari bayi yang dilahirkannya itu. Dan ini adalah satu mukjizat lain yang sangat jelas.

Diriwayatkan dari Tamam bahawa khabar gembira yang dibawa oleh malaikat kepada Maryam adalah bahawa Isa Alayhissallam diajari ALLAH tentang Al-Kitab dan heekmah. Dan bahawasanya Isa Alayhissallam akan menjadi seorang rasul yang diutus kepada Bani Israel, disamping ALLAH akan menguatkannya dengan mukjizat yang sangat nyata.

Kemasyhuran dan keterkenalan Maryam bahawa dia merupakan seorang yang ahli beribadah dan seorang wanita suci dan sangat menjaga harga diri, tidak dapat menolongnya dari tuduhan orang lain tentang lahirnya bayi yang dilahirkannya dengan tanpa bapa itu. Bahkan kaumnya iaitu Bani Israel menuduhnya telah melakukan perbuatan mesum dan perbuatan yang sangat biadap. Akan tetapi itu semua dihadapi Maryam dengan penuh kesabaran dan rasa redha menerima qadha dan keputusan ALLAH.

Dalam salah satu cerita diriwayatkan bahawa dia bersama dengan bayinya lari dan mengasingkan diri ke Mesir agar dia dan bayinya selamat dari upaya jahat dan seksaan Bani Israel. Di Mesir dia tinggal selama dua belas (12) tahun, bekerja sebagai pemintal sutera dan pengetam gandum bersama-sama dengan penduduk setempat.

Di sana, dia juga menyerahkan puteranya kepada para ulama’ Mesir untuk dididik, sampai akhirnya ALLAH memberikan izin kepadanya untuk kembali ke Orsloem untuk beribadah di sana sesuai dengan syariat Tuhan yang telah ditulis dalam kitab yang dibawa Musa Alayhissallam.

Maryam tinggal di desa bernama An-Nashirah sampai Nabi Isa meranjak umur remaja. Dan Maryam lah yang memberikan sokongan dan semangat kepada Isa Alayhissallam ketika pertama kali mendapatkan wahyu iaitu dengan cara bermimpi.

Ketika Nabi Isa Alayhissallam sudah genap berusia tiga puluh tahun, iaitu setelah bermimpi menerima wahyu, dia baru yakin bahawa dia adalah seorang Nabi dan Rasul ALLAH yang diutus kepada Bani Israel.

Setelah sang ibu mendengar bahawa puteranya telah mendapatkan wahyu dari ALLAH, maka dia berkata kepada puteranya,

Wahai anakku, bahawasanya aku telah diberitahu tentang ini semua sebelum kamu lahir.

Dan sejak saat itu, Nabi Isa Alayhissallam berpisah meninggalkan ibunya untuk berdakwah mengajak Bani Israel beriman kepada ALLAH. Dan ini semua adalah salah satu dari mukjizat ALLAH.

ALLAH berfirman,

Dan ALLAH akan mengajarkan kepadanya Al-Kitab, Heekmah, Taurat dan Injil. Dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israel (yang berkata kepada mereka),

“Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, iaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung dengan seizin ALLAH; dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin ALLAH; dan aku khabarkan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman.”

Dan (aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu. Kerana itu bertaqwalah kepada ALLAH dan taatlah kepadaku. Sesungguhnya ALLAH, Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus. (Ali Imran: 48-51)

Begitulah, ALLAH menguatkan Isa bin Maryam dengan beberapa mukjizat yang menakjubkan, agar dia mampu untuk menyampaikan risalah Tuhannya kepada Bani Israel yang terkenal sangat kejam dan pembangkang itu

No comments:

Post a Comment