CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 31, 2011

Demam

Sejak akhir2 ni, demam makin menjadi2 pulak....last 2 day, my Ikhwan plak yang tersangkut dek demam..adoi la...satu malam x tidur....last day, papa dia ada, so aku hanya jaga si kecik jer la....semalam papa dia dah balik, so kene jaga dua2 sekali..mujur duk berpantang kat umah my mom...so my mom tengokkan si kecik la....biasa si kecik je nangis, tapi malam tadi, si kecik menangis, si abang pulak, x mau tidur, nak tengok ultraman, maybe panas sgt badan dia so jadi x boleh tidor......hope...demam si abg kebah...nangis si kecik baik.....

ok la..bubye..

Wednesday, December 28, 2011

Anak-anak

Hilang mengantuk, bila melihat anak-anak ...Ya Allah..terlalu cepat masa berlalu...Ikwan dan Afwan...Malam tadi malam penat buat aku dan mak, ape taknyer..Afwan menangis, yang Ikwan menangis same sebab bising, dia nak tidur..hui..sangat pentingkan diri..agaknye boleh ke aku dan suami didik anak2 sebaik yang mungkin, supaya jadi anak yang taat pada Allah, pada keluarga....doa akan kupanjatkan pada yang Esa, agar aku dan suami diberikan kekuatan untuk mendidik anak2....


Monday, December 26, 2011

My Anyversary

26.12.2011....Pejam celik pejam celik dah 3 tahun usia perkahwinanku..Alhamdulillah aku di kurniakan  dengan 2 cahaya mata lelaki ..Ahmad Ikhwan Hadif ( 2 Tahun ) dan Ahmad Afwan Hadif...( ketika ini baru mencecah 22 hari)Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah..keran dikurniakan insan yang bergelar suami yang sangat memahami kerjaya, diri aku dan keluarga aku...Semoga Allah akan sentiasa memayungkan keluarga aku dengan kebahagiaan hingga akhir hayatku...Semoga Allah merahmati rumahtanggaku hingga akhir nyawaku...dalam kupanjatkan kesyukuran, terselit satu perasaan sedih dan pilu....ada seseorang yang tak sempat melihat kebahagiaan dan kejayaan aku....emm..aku doakan kesejahteraan arwah ayahku dan semoga arwah apak ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh....Al-Fathihah...

Wednesday, December 21, 2011

Ahmad Afwan Hadif Bin Hadi Helmi

Dah lama rasanya x update entry ...kali ni entry sedikit teruja, sebab tanggal 5/12/2011 Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.2kg di Kuantan Medical Center....Kenapa Afwan yang di pilih, emmm....sebab terlalu banyak ujian Allah berikan buat aku dan suami, dan Afwan bermaksud sabar..moga anak ini akan sentiasa sabar dalam menempuh dugaan yang Allah berikan....moga Anak ini, tidak mengikut sifat2 buruk mama dan papa nya... dan semoga dengan kelahiran anak ini, Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah buatku dan keluarga....Amin ....

Tuesday, June 28, 2011

Sale handbag

Salam


Dah lama sangat tak update entry ...entry kali ni , saje jer nak bercerita, tetiba jer ada supplier call tanya pasal handbag, so terfikir2 gak, sebab sale handbag hari tu, agak bagus, and mendapat sambutan, tapi yang wat kantoinya baju kanak2..yang agak mahal tu.....then..ntahlah....macammana...pasaran memang ada cuma masih terfikir2..takut pisang berbuah dua kali.... nanti la..kene fikir2 kan macammana nak buat....nak teruskan or nak batalkan niat....

Wednesday, May 18, 2011

Happy Teacher's Day

Selamat Hari guru Buat semua yang begelar pendidik...x kirala siapapun mereka, mereka tetap cikgu yang mahu mendidik anak-anak untuk berjaya...Tahniah untuk semua guru walau dimana mereka berada, di bandar atau di desa, mahupun di hujung pelusuk dunia, kerana tanpa cikgu, kita takkan mungkin seperti sekarang.......Terima Kasih Cikgu...

Thursday, May 5, 2011

Rindu pada yang pergi

Assalamualaikum...
Dah lama rasanya tiada masa untuk berbicara sendirian, terlalu sibuk dengan duniawi, terlalu sibuk dengan tugasan harian.....sedih?emmm..tiba-tiba rasa sedih dan pilu...ntah kenapa..bukan tiada perkara yang mengembirakan..tapi,cume terkenangkan seseorang yang paling aku sayang pergi dahulu dariku....mungkin dek rindu yang terlalu, mimpi bertandang....aduhai......terlalu rindu..pada apak.....emmm...cume secebis doa dan Al-fatihah diungkapkan di bibir bila mata terbuka dek mimpi indah bertemu apak.....ada sisa air mata,di ujung kelopak mataku....ada rindu dan sendu masih bersisa....tapi ku gagahi jua hati, kugagahi jua malamku bila mata tertumpu pada 2 orang yang aku sayang terlena di sisiku....Ya Allah kuatkan la aku....dalam apa jua keadaan...biar arwah tenang dan bahagia di sana, sebagaimana aku tenang dan bahagia di sini...
Jika ke kubur melawatnya, aku tak pernah lupa, untuk berbicara dengannya, walaupun hanya di dalam hati tapi aku tau dia mendengar......"apak..adik dah bahagia..adik dah ada suami yang bak, dah ada anak...yang sangat comel....doa adik supaya ikhwan, jadi macam apak..imam muda..." doa diutus..cuma doa anak yang akan sampai pada apak...akan aku selalu doakan kebahagian apak di sana, sebagaimana apak tak pernah lupa mendoakan kebahagian aku selama apak bernafas.....

Apak....i very love u..and miss u.....apaklah ayah yang terbaik di dunia ......i love u .....

Al-fathihah untuk arwah ayahdaku..En. Amat bin Abu.dan ayahdamertuaku En. Che Hassan...semoga kedua-duanya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertakwa di syurga...

Amin...

Monday, April 11, 2011

newsletter from shahabudeen jalil...



  » ARTIKEL MINGGU INI

Kebangkitan China : Satu Ancaman atau Peluang bagi Usahawan Melayu

China sebuah negara yang didiami paling ramai manusia di dunia bangkit sebagai sebuah kuasa ekonomi yang besar sejak 30 tahun yang lepas. Pertumbuhannya adalah secara purata sepuluh peratus sejak 30 tahun yang lalu.
Kelebihan yang ada pada China tentulah, rakyatnya yang ramai, kerajaan pentadbiran pusat (central planner), infrastruktur yang lengkap, kos bahan mentah yang murah dan hubungan luarnya yang baik.
Tidak pernah berlaku sebelum ini, sebuah kuasa ekonomi adalah sebuah negara yang membangun.
Mengikut ramalan oleh Goldman Sach dan BNP Paribas, ekonomi China akan melebihi Amerika Syarikat pada tahun 2025 dan 2027 masing-masing. Ini bakal merubah iklim ekonomi dunia.
Mari kita lihat samada kebangkitan luar biasa China ini adalah satu ancaman atau peluang bagi kita di Malaysia.
Ramai orang melihat China sebagai satu ancaman dengan alasan, banyak syarikat-syarikat asing berpindah daripada beroperasi di negara kita.
Kita perlu faham, kita tidak mungkin lagi bersaing dalam pasaran buruh yang murah. Bukan saja dengan China malah dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam pun kita tidak mampu.
Rakyat kita yang rata-rata berpelajaran boleh sebaliknya menumpukan tenaga dan pemikiran kearah bidang yang lebih kreatif dan berpendapatan tinggi.
Klik untuk selanjutnya.....
 

  » TERKINI DI KBC
KURSUS BORONG CHINA
23 April 2011 - Kursus Borong China Quality Hotel, Kuala Lumpur
30 April 2011 - Kursus Borong China Alor Setar, Kedah
8 Jun 2011 - Kursus Borong China, Brunei Darussalam
ROMBONGAN MEMBORONG KE CHINA
29 April 2011 - 2 Mei 2011
3 Jun 2011 - 6 Jun 2011
10 Jun 2011 - 13 Jun 2011
14 Jun 2011 - 19 Jun 2011 (Brunei)
ROMBONGAN MEMBORONG KE VIETNAM
19 Mei 2011 - 21 Mei 2011
Sila hubungi 0172517515 untuk mendaftar
 




  


F-17, Axis Atrium, Taman Cahaya, 68000, Ampang, Kuala Lumpur
Contact no : 03-20216786 / 017-2517515

Tuesday, March 29, 2011

coklat

Lamanya tak mencoretkan cerita di sini, pelbagai cerita nak di kongsi bersama, tapi tak terluah.. terlalu sibuk, almakhlumla kalau sebagai cikgu, sume kene buat ..daripada program sampai ke tukang cuci..this day, baru abis MTQ zon MENDI...sangat bagus dan perjalanan acaranya sangat lancar. Alhamdulillah walaupun x menang keseluruhan, tetapi masih ada satu 2 acara yang dimenangi. Tahiah kepada peserta Tilawah Al-Quran, Nasyid, dan Hafazan, kerana memenangi tempat....and paling membanggakan Nasyid telah berjaya menumpaskan johan berturut SK BUKIT PUCHONG...tahniah.....

Esok, selasa, 29hb mac 2011, kejohanan Bola Sepak pulak, bagi Zon MENDI....penat hari ni pun masih bersisa, tambah lagi satu penat untuk esok...huhuhuhu....tapi esok  punya acara tak banyak sangat, dan rasanya masih sempat bergurau senda dengan cikgu2 lain di sekolah.

Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar, dan sekarang, tengah dok pk, macam mana nak wat design untuk kek Pra sekolah untuk hari Rabu, and cok lat yang banyak tempahan....Alhamdulillah semunaya rejeki yang Allah berikan kepada aku dan keluarga..


ok la cukupla cerita sampai sini, esok kita sambung cerita lagi......nite 


Saturday, March 12, 2011

Doa pelindung & penawar angin ahmar

Doa pelindung & penawar angin ahmar

PENYAKIT Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan belas kasihan Allah swt kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.
Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. Dengan mematuhi kaedah dan adab-adab berdoa disamping berikhtiar, Insya Allah, mudah-mudahan doa kita dikabulkan dan kita terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.

Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…

resource : http://nurjeehan.wordpress.com

Monday, March 7, 2011

NEXTCUBES MENGATASI MASALAH KEWANGAN ANDA

Kebocoran money!!!

Ape maksod kebocoran? pernahkan anda mengalami kebocoran? tayar bocor,belon bocor dan sebagainya. Anda cuba bayangkan saya mengisi sebiji belon dengan air....dan terdapat beberapa tempat yg bocor, maka, air didalam bocor itu akan keluar. Secara perlahan-lahan, air didalam belon itu akan berkurangan sedikit demi sedikit. BAGAIMANA anda ingin menambah jumlah air didalam belon tersebut?..isi air semula dan dalam beberapa ketika, ia berulang kembali.

Ramai diantara kita berhasrad menambah pendapatan atau mencari pendapatan sampingan. Atas satu alasan perbelanjaan harian yg tidak mencukupi ataupun menambah aset dan simpanan. Tetapi langkah pertama yg perlu sebenarnya ialah mengesan kebocoran sumber kewangan anda. Cari dengan teliti kemana wang anda pergi. Ya sememangnya anda tidak mampu mengelak kebocoran wang tetapi perlu diteliti adakah perbelanjaan harian anda itu satu KEHENDAK atau KEPERLUAN.

Sebagai contoh. Dalam sehari anda meletakkan kereta di sebuah mall berhampiran tempat kerja anda setiap hari utk memudahkan anda ke tempat kerja. Sehari jumlah yg perlu anda bayar adalah RM5.00 sehari. Anda perlu mencari alternatif mengurangkan perbelanjaan tersebut. Mungkin anda boleh membeli pas bulanan yg jauh lebih murah jika dikira semula.

Kebanyakkan dari kita sibuk mencari jalan menambah hasil pendapatan tanpa memerhatikan kebocoran yg semakin besar berlaku terhadap aliran wang kita. Ibarat belon yg bocor, jika tidak ditampal ia akan bertambah besar dan kita akan menjadi letih berusaha menambah sumber pendapatan sedangkan dalam masa yg saya ia terus mengalir keluar.

Sekadar renungan untuk mendidik diri sendiri dan perkongsian ini diharap dapat memberikan manafaat untuk anda.
Korang click kat cni:
http://www.nextcubes.com/index.php?rid=4d5bdc399554d
kat cni sure korang boleh buat duit...korang explore lah..selamat mencuba

Thursday, March 3, 2011

Chocolate macaroons

My Friends, with a sudden give your blog address and one resepi for me to learn .. hehehe .... ... delicious to chocolate macaroons? I never think, but Elly said tasty ... have tried, then I, too, her search she blogs for, and may He resepi him, .. hehehe ... here I kongsikan resepinya ... and if so would I upload the picture ...

 
Chocolate macaroons

Ingredients (30 pieces depending on Size): 110gm sugar aising 65gm almond powder (ground almonds) 13gm powder koko 60gm egg whites - in 2 seed 20gm caster sugar secubit cream of tartar
filling (may dipelbagaikan participate penchant masing2): 120gm cream cheese 1 camb lemon juice 2 camb sugar aising 1 camb whipping cream grated lemon zest from 1 lemon seeds
ways:

    
* Ayakkan aising sugar, almond powder and sawdust koko
    
* Ketepikan
    
* At the egg whites with cream of tartar so bubbly
    
* Enter the sugar little by little as he was beaten so passionate and flowers (if appointed with a spatula adunan not easily fall)
    
* Kaupbalikkan adunan flour bit by bit as much as 4 times so sebati
    
* Enter into a piping bag adunan
    
* By using a 5mm nozzle onto the platter pipekan adunan arsonist who has digris or dilapik with non-stick paper of 2.5cm (see picture)
    
* Do so exhausted
    
* After the snap it had to remove the burner tray wind
    
* Ketepikan for 1 hour to harden adunan
    
* Then roasted at a temperature of 150C for 15 min or so hard
    
* Let it cool before the lift from the tray and filled with a filling
    
* To make the filling: sugar first ayakkan aising
    
* Then combine all ingredients and beat so just sebati
    
* Store in the fridge more than 1 hour before use
Notes & tips: use a sharp knife from the platter to kikiskan burner or a non-stick paper and hati2 kerana It is easily fragile. sebaik2nya lapikkan burner tray with non-stick paper / parchment paper so pleased to be appointed. remove macaroons from the parchment paper - they Should Be removed as soon as They come from the oven. earnest you need to create moisture under the cookies. carefully loosen the parchment paper, lifting the paper, pour a little hot water under the paper. May the water bubble and steam. Allow the macaroons to Remain on the parchment for about 20 seconds, then peel the macaroons off the paper and place on a cooling rack Them

 
source: http://noreen-homecooking.blogspot.com

Monday, February 14, 2011

BUGSLOCK

 Saja nak share entry ni ngan member-member...sebab dah pernah test pakai untuk my son..and ianyanya Alhamdulillah bekesan untuk kami yang duk kat ceruk dunia ni kan....ni ada sedikit sebanyak cerita tentang bugslock....and descriptionnya...

BUGSLOCK is removing mosquito ring on imports from Korea.
It is safe because it contains no toxic chemicals or DEET.
Pregnant mom and baby can even use or wear BUGSLOCK.
There are six attractive colors to choose from.

How to Use BUGSLOCK:
Outdoors: Just use BUGSLOCK in the hands or feet when they emerged.
Indoors: Just put BUGSLOCK places where mosquitoes like 1-2 hours a day berlindunguntuk
(Posted 1 day to 2 hours, 1 Bugslock can last 4 months, because -
A BUGSLOCK hold 240 hours.)

Suitable for use when fishing, hiking, to the class, to Kemp or just watching and relaxing living spaces.
Zipkan in bag provided when not in use.


Mosquito Repellent Band Camping Bugs lock Mosquito Killer



Sunday, February 13, 2011

Char kway teow yang sedap...and delicious ..

Salam 1 Malaysia..hahaha..intro yang best....ala-ala Guru Besar plak..huhuhu

saje jer entry ni, tibe2, terfikir tentang char kueh teow..memang best and fav. aku and suami...dan disebabkan fav aku, so aku pun pegi la mencari perencahnyer..and jumpe la...kalau ada yang nak membeli perencah ini, boleh lah menghubungi aku melalu sms or email..hehehe..perencahnya memang sedap..and sangat simple untuk membuatnya....so kita tak payah g kedai dah dengan anak yang semakin berderet, masak jer kat umah, and makan 1 Family..lagi best......
ok kat sini, aku masukkan sedikit maklumat yang aku ambil dari http://en.wikipedia.org/wiki/Main_Page untuk makluman sahaja....ok la....
see u soon....


Char kway teow, literally "stir-fried ricecake strips", is a popular noodle dish in Malaysia, Indonesia, Brunei and Singapore. The dish was (and still is in some places in Malaysia and Singapore) typically prepared at hawker stalls especially in Penang, Malaysia.
It is made from flat rice noodles (河粉 hé fěn in Mandarin Chinese) of approximately 1 cm or (in the north of Malaysia) about 0.5 cm in width, stir-fried over very high heat with light and dark soy sauce, chilli, a small quantity of belachan, whole prawns, deshelled cockles, bean sprouts and chopped Chinese chives. The dish may commonly be stir-fried with egg, slices of Chinese sausage and fishcake, and less commonly with other ingredients. Char kway teow is traditionally stir-fried in pork fat, with crisp croutons of pork lard, and commonly served on a piece of banana leaf on a plate.
Char kway teow has a reputation of being unhealthy due to its high saturated fat content. However, when the dish was first invented, it was mainly served to labourers. The high fat content and low cost of the dish made it attractive to these people as it was a cheap source of energy and nutrients. When the dish was first served, it was often sold by fishermen, farmers and cockle-gatherers who doubled as char kway teow hawkers in the evening to supplement their income.
Char Kway Teow

Friday, February 11, 2011

My Birthday

Alhamdulillah..sudah genap 29 tahun, sudah berganjak ke akhir 20-an, dan mula untuk mengenal 30-an. dah macam-macam dugaan yang diberikan, insyaallah, jika Allah mengujiku, Insyaallah juga aku mampu mengharunginya......Alhamdulillah, di kurniakan suami yang sangat menyanyangiku, anak kecilku yang semakin membesar, ibuku yang sentiasa menjadi pendorong ku dikala keletihan, keluarga dan keluarga mertuaku yang menjadi penguat semangat di kala di himpit kekecewaan.Kawan2 seperjuangan yang banyak memberikan tunjuk ajar dalam meniti kehidupan ini..kalian adalah segalanya buat saya...Insyaallah, tahun ini adalah tahun yang menjanjikan kebahagiaan dan kegembiraan buat kita semua, tahun yang membawa kejayaan buat kita semua...Tq semua yang mengingati hari lahir ku, yang terlupa juga tidak apa, pasti ada sebab dan musibabnya....

Sunday, February 6, 2011

Drama Gemilang di TV3 : Kisah Benar Sejarah Seorang Guru

Sejenak melihat Drama Gemilang, mampu menitiskan air mata, sangat terharu dengan penceritaan, dengan yang tersirat dan tersurat..pengorbanan seorang guru yang ditunjukkan sangat besar..sebagai guru juga, terasa impak dan kesan di dalam jiwa...
Gemilang adalah cerita sebenar seorang guru di Kelantan ayah mentua Kabir Bhatia  (ayah Mira Mustapha : penulis skrip cerita ini ). Dia sudah meninggal dunia, namun kisah perjuangannya patut menjadi tauladan kepada anak muda kini. Shahz Jasle Jasmin diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah.Menurut sipnopsis Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.
Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.
Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.


Matlamat Saifullah sangat mudah iaitu untuk mengubah nasib remaja yang gagal dalam pelajaran tetapi perjalanannya belum pasti. Institut Gemilang dibuka untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu. Watak mereka akan digambarkan juga setelah tua nanti. Elemen cinta juga akan diselitkan menerusi drama ini..
____________________________
Lirik OST Gemilang (Lagu tema Gemilang) : Adi Mentor
Suatu ketika...
Kita pernah tertawa...
Suatu ketika...
Kita pernah berduka....
Memori lalu...
Tersemat di hatiku....
Buat azimat perjalananmu....
Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita....
Jadi pedoman untuk semua....
Takkan mengalah sebelum melangkah...
Impian.... menjadi haluan cita...
Rintangaannn..... membakar azam di jiwa......
Dan cinta.... bukan hanya kata-kata....
Harapan....semua anak merdeka....
ooohhhhh......
____________________________

Sumber Sinopsis Drama Gemilang dari : [sini] 

Tuesday, February 1, 2011

Baby Suit

 Baby Suit






Preorder Little Boy Fashion

 Preorder Little Boy Fashion



Baby Sweater

Baby Sweater



Kerja Kosong UKM

Kerja Kosong UKM  

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia

1. PEGAWAI PERUBATAN UD43
2. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
3. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
4. JURURAWAT U29
5. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
7. PENOLONG KURATOR S27
8. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
9. PEMBANTU PERTANIAN G17
10. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
11. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Tarikh Tutup Permohonan: 21 Februari 2011

Wednesday, January 26, 2011

Manfaat Air Susu Ibu Bagi Bayi

Manfaat Air Susu Ibu Bagi Bayi


بسم الله الرحمن الرحيم  

Mari berkongsi artikel untuk semua pembaca daripada sumber http://sains.artikelislami.com     cuba kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan...   

Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa dan tak tertandingi sebagai sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir, dan sebagai zat yang meningkatkan kekebalan tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan makanan bayi yang dibuat dengan teknologi masa kini tak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.

Setiap hari ditemukan satu manfaat baru air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta yang ditemukan ilmu pengetahuan tentang air susu ibu adalah bahwa menyusui bayi selama dua tahun setelah kelahiran sungguh amat bermanfaat. (Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition, http:// www. icr.org/pubs/imp-259.htm)

Allah memberitahu kita informasi penting ini sekitar 14 abad yang lalu, yang hanya diketahui melalui ilmu pengetahuan baru-baru ini, dalam ayat-Nya "…menyapihnya dalam dua tahun…" (QS Luqman : 14)

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Artinya : "Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (QS Luqman : 14)

# Sumber
KeajaibanAlquran.com

Monday, January 24, 2011

Kelambu...

Teringat kisah kelambu, bila malam, kelambu menutupi ruang kamar bilik..hehehe..teringat kisah dulu..bila malam jer, mak dan apak pun sibuk memasang kelambu. Sekarang giliran aku dan suami pula yang memasang kelambu untuk ikhwan...betapa cepat masa berlalu, betapa cepat masa meninggalkan semua...rupanya dah dekat 4 tahun apak pergi..rupanya dah hampir mengjangkau 29 tahun umurku..rupanya aku dah bergelar isteri, rupanya, aku dah mempunyai cahaya mata...segalanya begitu pantas....Ya Allah....aku patut bersyukur atas apa jua kurniaan mu, yang menjadikan aku begitu bahagia sekarang.
ok la berbalik tentang kelambu..Cerita kelambu ini, muncul, bila, aku dan suami memasang kelambu, dah tiba2 terfikir bila suasana di dalam kelambu itu, sama seperti zaman aku kecil, dan ternyata bukan aku serang jer yang memasang kelambu, hehehe..suamiku juga tidur dengan kelambu waktu zaman kecilnya..jadi kami berkongsi rasa yang sama..rinduku pada ayahnda, sangat mendalam ketika dalam suasana itu...dan doaku, moga kedua-dua ayahnda ku ditempatkan di kalangan rang-orang yang beriman dan dikasihi oleh Allah...Amin..Ok la meh kita menyingkap maksud sebenar kelambu dan bagaimana rupanya..

Mengikut wikipedia.com,Kelambu memberi perlindungan terhadap nyamuk, lalat, dan serangga lainnya termasuk penyakit yang disebabkan serangga-serangga tersebut, seperti malaria dan filariasis. Kelambu merupakan sebuah tirai tipis, tembus pandang, dengan jaring-jaring yang dapat menahan berbagai serangga menggigit atau mengganggu orang yang menggunakannya. Jaring-jaringnya dibuat sedemikian rupa sehingga walaupun serangga tak dapat masuk tetapi masih memungkinkan dilalui udara. Kelambu sering disebut juga sebagai bedcanopy. Kelambu umum digunakan seperti tenda yang menutupi tempat tidur. Agar dapat berfungsi efektif, perlu dijaga agar tidak terdapat lubang atau celah yang memungkinkan serangga masuk. Kelambu juga ada yang telah memiliki rangka penopang sendiri atau banyak disebut juga dengan self propping bedcanopy. [1]
Kelambu yang ditambahkan insektisida dikembangkan pada tahun 1980 untuk pencegahan malaria. Kelambu ini ditambahkan insektisida piretroid atau permetrin yang mampu membunuh dan mengusir nyamuk. Sebuah penelitian yang dilakukan di Flores Timur menunjukkan bahwa penggunaan kelambu yang ditambahkan insektisida permetrin 0,20 g/m2 mampu mengurang insiden malaria dan filariasis selama 5 bulan penggunaan dari 25,70% ke 21,95% untuk malaria dan dari 4,20% ke 2,44% untuk filariasis.[2]
Akan tetapi, insektisida pada kelambu ini biasanya tidak bertahan lama karena akan hilang setelah enam kali pencucian dan perlu ditambahkan insektisida kembali. Oleh karena itu, kelambu ini dianggap tidak efektif mengatasi malaria dalam jangka panjang. Akibatnya, industri kemudian mengembangkan kelambu yang ditambahkan insektisida yang mampu bertahan lama. Masih menggunakan insektisida piretroid tetapi diikat dengan bahan kimia tertentu, kelambu ini tahan dicuci hingga 20 kali sehingga dapat digunakan tiga tahun atau lebih.
Walau memungkinkan dilewati udara, jumlah udara udara yang dapat lewat kelambu lebih sedikit daripada bila tidak menggunakannya. Akibatnya tidur di bawah kelambu dapat terasa lebih panas dibanding tanpa kelambu, terutama di daerah tropis yang tidak dilengkapi AC.

Terdapat beberapa jenis kelambu yang digunakan oleh kita dari dahulu sehingga kini. dan kelambu inilah yang pernah aku gunakan satu ketika dahulu. dan kini aku juga lebih selesa menggunakan kelambu ini untuk anakku ikhwan.walaupun masa berubah tapi aku masih selesa begini, walaupun sudah mempunyai kelambu khemah untuk di bawa ke mana2.



Sebuah tempat tidur yang ditutupi kelambu.

kelambu yang memiliki rangka penopang sendiri (self propping mosquito net)
Kelambu di rumah orang Belanda di Ulee Lheue, Meuraksa, Banda Aceh (1925) 

Sunday, January 23, 2011

Handbag and purse Branded

Harga : RM180
Quality : 7A
Free Delivery


Produk : Vessace sold out
Quality : 7A
Harga : RM170
Warna : Krim
Free Delivery



Produk : LV Purse
Quality : 7A
Harga : RM80
Warna : Krim
Free Delivery



Tuesday, January 18, 2011

Baju kanak-kanak Berjenama

Assalmualaikum.....salam sejahtera


Babywarehouse2u telah dilancarkan, dan di sini sedikit sebanyak produk terbaru dari Babywarehouse2u.










Overall, saiz 9-12
sold out



Jeans + Kemeja Next
RM100
T-Shirt Oskosh sold out

Saturday, January 15, 2011

klan jawatan kosong di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) Tarikh tutup 15 Januari 2011

klan jawatan kosong di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)
Tarikh tutup 15 Januari 2011

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) merupakan sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, mempelawa kepada semua warga negara di seluruh Malaysia (keutamaan diberikan kepada Guru-Guru Sekolah) yang berminat untuk menjadi pembanci (enumerator) bagi melaksanakan kerja lapangan Kajian Indeks Belia Malaysia 2010 yang akan bermula pada Januari 2011.

Pembanci yang berjaya akan dipertanggungjawabkan melaksanakan kerja lapangan secara sambilan selama sepuluh hari di daerah tempat tinggal pembanci. IPPBM akan memberikan saguhati sebagai penghargaan sepanjang tempoh kerja lapangan tersebut.

Calon yang berminat untuk menjadi pembanci (enumerator) bagi Kajian Indeks Belia Malaysia 2010 boleh:-

1. Mengisi borang secara online (Klik untuk >> Borang Online) ATAU

2. Mengemukakan maklumat-maklumat seperti di bawah ke alamat emel research@ippbm.gov.my Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

* Nama
* No. Kad Pengenalan
* Pekerjaan
* Alamat Rumah
* Alamat Tempat Bertugas
* No. Tel. Bimbit
* No. Pejabat / Rumah
* Emel

ATAU

3. Fakskan Borang Permohonan ke 03-8871 3342
(Klik untuk muat turun >> Borang Permohonan Enumerator

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 03-8871 3036 (Dymphna J. Lingkayan) atau 03-8871 3232 (Nurrul Salha Saleh)

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Sabtu, 15 Januari 2011.

dapatkan lebih banyak maklumat disini: jawatan kosong kerajaan