CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 5, 2009

Kelmarin....

Banyak betul cerita-cerita kelmarin, satu2 yang jadi, ye la , nak wat cammana itu kan ketentuan ..kita hanya merancang, dan tuhan yang menentukan...ok first, Pegi klinik Sangan, dah la lewat dah, terpaksa la memanggil nurse tu kat umah, its ok la, dia pun boleh consider ngan aku, sebab memang dah tau, aku dari jauh kan.....ok , ble dah check, jantung baby terlalu aktif, sampaikan seratus lebih...jadi, dia mintak aku rest jap dalm 10 minit...ok la, dah rest, baring2....sambil nak lelap mata yang tak bleh nak lelap ni, atlast, check gak la...bila dah check balik semula, jantung baby dengar tapi jauh sangat, nurse tu dah tak sedap hati, dia bincang ngan M.A, terdengar, nak kene pegi Bintulu jumpa Dr. ini kes payah ni, aku nak kene pegi bintulu plak, susah sikit ni, aku dah janji ngan kema nak balik. kebetulan dia nak pegi PPD hari tu...check punya check...lama gah la, baru dapat detect jantung baby dengan kuat...lega aku, tapi nurse tu pesan, kalau rasa tak sedap badan, or anything happen, cepat2 pegi klinik or pegi hospital terus. aku anggukkan aje la....nurse tu kate kalau bleh datang la hari isnin ni, kalau nak wat scanning, sebab orang bintulu ada mai...ntahla..tapi aku macam tak larat nak pegi.sebakul nurse tu nasihatkan aku, makan ubat ikut peraturan, minum susu, jangan berdiri lama, jangan lasak sangat, jangan banyak bergerak...semua jangan..sengeh jer la..tadi pun, Danli ada datang tanya samaada nak pegi ke tak sebab dia nak hantar wife dia pegi Klinik gak, tapi aku cakap tak la kot, sebab aku rasa tak ada apa2....baby kuat kan sayang....baby kene kuat sebab papa tak ada dengan kita, aku selalu ingatkan aku dan baby macam tu. biarlah banyak pun dugaan kat sini, sekurang-kurangnya aku tau, ada orang yang ambik berat pasai aku and baby....biar baby kuat macam mama dia kan...hikhikhik....
dah balik dari klinik, terus g PPD Tatau, Kema nak hantar borang tukar yang dikatakan hilang...huh....pegi2..dorang kata, dah jumpa borang page 6 tu, tak ke bengang, susah sangat ke nak call or sms, kesian kema, dari jauh datang....tapi kate dah jumpe, berasap jugak la muka dia tahan marah..past tu kami terus ke SK Klawit dengan CD, pegi Rumah terbuka SK Klawit...kate kul 2 start, kul 3.00 baru nak mula, aku ngan kema ni risau, kalau2 Danli tinggalkan kami, atlast, kali makan and gerak dalam kul 3.30, sampai kat Sangan balik dalam kul 4.00, terus jer pickup barang, and balik semula ke sekolah....sebabkan hujan, kami ni terpaksa menyorok macam tikus dah dalam kanves....hikhikhik..kesian plak tengok Danli, hujan2, kami bagi la tambang lagi RM 20.
Air still tak ada lagi, letih ni, macam ni, hujan turun, tapi tak ada air, macam mana cerita..huh..banyak no mengeluh aku ni, dok baik kan..hikhik...bersyukur dengan apa jua yang telah diberikan....semalam, dalam kalut2 cari line tepon, aku g la merayap umah kak lina, sebab umah dia line clear sikit....hikhikhik..past tu kan, nak dijadikan cerita, aku nak p buang sampah, ntahmacam mana kaki aku tergelincir dekat lantai kat dapur dia ..huh..apa lagi, gedebuk..mujur bukan cam nangka busuk, sempat aku tahan pakai tangan , so tak jadik la nangka..hikhik...tapi rasa gak la sakitnya..tapi tak banyak la, risau gak aku, malam tadi tidur rasa baby still aktif, rasa2nya ok kut...doa2 la ok..bagi tau mak and my huby, punyala risau, tapi aku cakap aku ok..so dont wory.....
pagi2 ni, aku rasa ada pergerakan baby..so aku tak berapa nak risau sangatla......alhamdulillah kalau tak ada apa2...tu pun, mak aku pesan sebakul, same macam nurse kat sangan tu, jangan lasak sangat, jangan kuat berjalan, jangan banyak bergerak, jangan berdiri lama, jangan wat keje berat, semua jangan..letih aku nak dengar, tapi tadah la telingan ni, nak wat macamana kan..anak sulung, kene hati2 sikit...
ok la...next story to tell you....cukup2 sampai sini, sebab sat lagi ada kelas, nak tengok kan buku budak2 ni, tahu membaca dan mengeja tapi tak tahu menulis..pennig gak aku ni....

No comments:

Post a Comment