SK KUALA MUPUT
Macam tak percaya jer...dah hampir tiga minggu dah duduk di belantara bersama mereka-mereka yang amat memerlukan bimbingan untuk berjaya. hari pertama aku dihantar ke SK Kuala Muput, macam-macam yang aku fikirkan, dari tempat tinggal, sehinggalah bagaimana mahu mengajar anak-anak murid yang majoriti non muslim dan berketurunan iban. SK Kala Muput...bukan sekolah P1, P2 tapi sekolah P3, P3 di sini bermasud....ceh wah...Pedalaman tahap 3, yang semua orang gerun nak sampai sana. tapi aku di sini sekarang, kalau nak tengok dalam peta malaysia, tiada sekolah Kuala Muput di dalam peta menggunakan jalan darat, satu-satunya kemudahan yang ada ialah jalan air.. penat kan dengar....yang merasa n melaluinya ni lagi penat.
Yang kat atas ni gambar perjalanan kami untuk ke jeti terdekat. kalau biasa air surut dalam 2 jam lebih, tapi kalau air pasang 1 jam lebih jer, itu pun kalau naik bot panjang macam ni, tapi kalau naik bot biasa dalam 1 jam dah sampai jeti. dari jeti sangan kami naik kereta sampai tatau, tumpang kawan2 atau kereta sewa, kalau kereta sewa, kami akan ke Pekan Tatau dulu, selama 30 minit, baru bergerak ke Bintulu dari pekan Tatau, perjalanan, Tatau ke Bintulu selama 1 jam lebih.....baru kami sampai ke pekan Bintulu.....
sampai kat bintulu, barulah ada eccess internet, dekat Sek. bukan tak ada tapi sebilangan tempat jer yang ada...tu yang ada dan wujud pelbagai cara untuk menarik line telefon di SK Kuala Muput.
Itu baru cerita bab transport kami nak pergi ke sekolah, belom cerita macam-macam hal yang berlaku...ok la...nanti kita sambung cerita..biar lagi menarik...
salam....dari Kenyalang
wah... jadi guru yang berjasa pada negara tuh... hidup cikgu! hikhik
ReplyDelete