CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 6, 2011

Drama Gemilang di TV3 : Kisah Benar Sejarah Seorang Guru

Sejenak melihat Drama Gemilang, mampu menitiskan air mata, sangat terharu dengan penceritaan, dengan yang tersirat dan tersurat..pengorbanan seorang guru yang ditunjukkan sangat besar..sebagai guru juga, terasa impak dan kesan di dalam jiwa...
Gemilang adalah cerita sebenar seorang guru di Kelantan ayah mentua Kabir Bhatia  (ayah Mira Mustapha : penulis skrip cerita ini ). Dia sudah meninggal dunia, namun kisah perjuangannya patut menjadi tauladan kepada anak muda kini. Shahz Jasle Jasmin diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah.Menurut sipnopsis Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.
Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.
Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.


Matlamat Saifullah sangat mudah iaitu untuk mengubah nasib remaja yang gagal dalam pelajaran tetapi perjalanannya belum pasti. Institut Gemilang dibuka untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu. Watak mereka akan digambarkan juga setelah tua nanti. Elemen cinta juga akan diselitkan menerusi drama ini..
____________________________
Lirik OST Gemilang (Lagu tema Gemilang) : Adi Mentor
Suatu ketika...
Kita pernah tertawa...
Suatu ketika...
Kita pernah berduka....
Memori lalu...
Tersemat di hatiku....
Buat azimat perjalananmu....
Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita....
Jadi pedoman untuk semua....
Takkan mengalah sebelum melangkah...
Impian.... menjadi haluan cita...
Rintangaannn..... membakar azam di jiwa......
Dan cinta.... bukan hanya kata-kata....
Harapan....semua anak merdeka....
ooohhhhh......
____________________________

Sumber Sinopsis Drama Gemilang dari : [sini] 

No comments:

Post a Comment