Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar...hari yang ditunggu pun dah sampai...aku, kema and sya.....bersiap ke Bintulu untuk menghadirkan diri ke Temuduga SPP. Punya la ketaq..kepala lutut ni...past sorang sorang, aku no yang ke 11, diikuti oleh sya dan kema....lepas kitaorang ada 2 orang lagi.. perh..berpeluh gak la dari kul 9.00 pagi..sampai tang aku nak ditemuduga dah kul 12.30 tengahari..
Penemuduga hari tu Datin Hjah Rahimah...Malam tu kitaorang bertungkus lumus membaca sambil tido..hikhikhik...bukan apa, sebab penat sangat -sangat ye la nak ke Bintulu ni bukan dekat, pulak-pulak air tengah kecik ni...
Masa temuduga tak banyak sangat soalan yang diberikan . kemungkinan pertama sebab aku ni orang pertama daripada sekolah pedalaman 3, dan yang ke dua mungkin sebab dah tengahari datin tu pun tak berapa nak sehat, and mungkin gak dah lapar and dah penat..jadi soalan-soalannya tak banyak sangat..tak menyentuhpun isu-isu semasa yang aku ridau sangat. NKRA ke H1N1 ke, tak ada cuma dia tanya PIPP teras ke dua, Membangunkan MOdal Insan. hikhikhik...itu pun dia yang ingatkan aku . siap bagi key word lagi..membangunkan.....baru la aku ingat membangunkan modal insan, and aku huraikanlah....
Pastu soalan-soalan banyak berkisar tentang pengalaman dan perbezaaan praktikum dengan sekolah baru...memng banyak la perbezaannya.....borak pasal banjir and tanya aku, selesa tak aku duk kat sana......aku jawa selesa la walaupun kadang-kadang banyak ketensenan duk kat ulu sana........ntahla....mintak-mintak boleh lulus.....doa la hari-hari, tawakal...sebab kita dah buat yang terbaik mungkin.
itu berita baik ......mintak-mintak berita baik la......berita buruk...kakak ipar aku, kak ngah, bleeding....and ada kat wad sekarang......baru 2 bulan rasanya.....kesian dia....kak ipar aku sorang ni memang keje kuat.bukak kedai kopi kat kampung aku ngan abang aku.. risau gak aku...kate nak cuci hari selasa lepas, tapi samapai sekarang duk tangguh-tangguh....kalau tak wat gak hari ni, DR. suh balik dulu....Hari Rabu depan mai balik....gov. ni kadang banyak sangat birokrasi....sebab tu la kadang2 yang sakit teruk tu makin sakit baru nak wat...aku pun tak faham......
whatever yang terjadi, doa aku semoga semuanya selamat dan diberikan kesihatan yang baik.
Hari ni kat sekolah ada hari gotong royong bersama PIBG. Dorang nak wat Dam baru sebab Dam sekarang ni tak boleh nak menampung penghuni sekolah yang ada. Lagipun kalau tak ujan, tak ada air la...jadi pihak sekolah dah berpakat dengan PIBG untuk wat Dam baru. Hari ni gak ada Program penyerahan duit KWAM bagi murid-murid sessi 2009. ok la, sekurang-kurangnya, murid dapat beli buku and baju sekolah yang dah lusuh....harap duit tu digunakan sebaik mungkin oleh ibu bapa bukan untuk perbelanjaan harian sahaja..
ok la...nak keluar sekejap...nanti sambung cerita lagi...
Friday, July 31, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)