CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 22, 2009

Kebiasaannya...

Sudah menjadi kebiasaan lately, aku and the geng, lepak kat hotel kat Bintulu ni...huh, dah nai penat duk hotel, walaupun tak berapa nak kelas, tapi asalka ada wireless, and bleh call and sms dengan baik sekali dah memadai bagi kami yang duduk di ulu sungai ni.....semalam dah menjejakkan kaki ke Bintulu, and hari ni dah bersiap-siap nak balik ke SK Kuala Mupt.

Adakala terdetik juga hati, rindu pada anak-anak disana, simpati menyebabkan aku masih bertahan untuk di sini. Banyak bekalan yang kitaorang bawak, dengan keropok kepingnya, aku bawakkan tepung muffin, aku nak bagi budak2 tu rasa bagaimana rasa muffin kek....kesian dorang ta' pernah makan kek aising pun...jadinya aku na dorang rasa macammana rasanya makanan di semenanjung.

Ha, bercerita tentang makanan di semenanjung, teringat kisah anyau, dia tak balik, aku masakkan dia masakan biasa kitaorang makan, ayam goreng pedas, bersiut-siut dia makan, "sedap anyau?" "nyaman cikgu, tapi pedas"hehehehe....aku hanya tersenyum je...bukan apa, biasanya masakan orang iban, sangat simple, tak macam kita kat semenanjung,. dorang biasa masak sayur air, rebusan ayam...kalau kat sememanjung, ita panggil rebus, tapi kat sini dorang panggil sup. pelikkan, bila wat sup tak letak perencah sup..hehehe, bukan sup tapi rebus jer....antahlah, tapi walau apapun kita makan, dan namanya makanannya, kita tetap bernaung di satu nama negara yang sama iaitu MAlaysia. Kita patut wujudkan dan kekalkan eharmonian negara kita yang sedia ada.

wokey la.. nak bersiap dulu..nanti kita jumpa lagi...

salam kenyalang.....

Friday, March 20, 2009

Sempurna...

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat dirikuakan slalu memujamu
Disetiap langkahku

Kukan slalu memikirkan dirimu

Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku

Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Reff:Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..
Kau genggam tanganku

Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Thursday, March 19, 2009

Pulang Ke Sarang..

haaa.....tak bestnyer, sekali lagi terpaksa meninggalkan semua yang tersayang di semenanjung demi anak bangsa..tak apalah.....untuk transfer, masih tak tahu macam mana....boleh atau tidak pun tak tahu, susah juga kalau nak pindah, tapi kalau tak pindah pun susah jugak....macam mana sekalipun, try la yang terbaik untuk diri , keluarga and semua....

teringat bait-bait lagu nidji, berlari lah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pada yang kuasa, cinta kita di dunia.....emmm, memang bersyukur atas apa yang terjadi, apa yang berlaku, sebab apa pun terjadi, pasti ada aturan yang terbaik untuk kita seagai hambanya... so bersyukur dan pohon di dalam setiap solat keberkatan dan kebahagian di dalam setiap perjalanan kita..

so, maybe last write before pulang ke sekolah, or nextday and sunday, msih boleh coretkan sesuatu....


b4 that, Al fathihah untuk arwah apak...

bye

Sempurna

Adakala kita rasa kita sudah cukup sempurna, tapi adakala kita akan rasa kitalah orang yang paling srba kekurangan..entah kenapa perasaan itu hadir.....sempurna boleh didefinasikan dalam pelbagai bentuk, sempurna dari segi apa dan kenapa...susah untuk kita mencari kesempurnaan, tapi kita boleh saling melengkapi untuk mendapatkan kesempurnaan itu....


Buat teman ku yang banyak mengajar dan memberikan pandangan dan nasihat, Cik Noor Ilyana Bt Palahudin, akan menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hatinya, nazril, aku hanya boleh doakan dari jauh..sebab tugasan yang diberikan memaksa aku hanya boleh melihat dari jauh . doaku bahagia dunia akhirat, kekal hingga akhir hayat....Alhamdulillah, segalanya pasti.....Untuk kak Yani, Insyaallah...Jodoh ditangan Tuhan, tiada siapa yang berhak tentukan kecuali dirinya yang Esa.

kesempurnaan yang kita cari dan kesempurnaan lah yang kita perolehi, walaupun jalannya yang dilalui penuh ranjau dan berduri tapi penghujungnya satu kebahagian dan kemenangan yang pasti..doa buat semua, agar Allah memberikan keberkatan buat kita dalam melayari hidup seharian...

doaku jua buar Arwah Apak, dan bapa mertuaku agar dcucuri rahmat, dan dihimpunkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh...

Laskar Pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa

reff:menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

repeat reff [2x]

laskar pelangi takkan terikat waktu

Monday, March 16, 2009

Pengorbanan?

Dah 3 hari aku pulang ke sisi suami tercinta, alhamdulillah...akhirnya ada juga masa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri..Cinta perlukan pengorbanan, dan itulah yang kami hadapai sekarang, doaku rumahtanggaku diberkati Allah..bercerita tentang pengorbanan, terbaca di blog teman lamaku...kebahagian yang dibina diatas keperitahan hati orang lain....pernah ayat itu tereluar dari mulutku, dari fikiranku tidak lama dahulu, tapi itu cerita lama, dan aku sudah mula lupakan dan maafkan...tentang temanku, aku tak pasti apa yang berlaku, dan apa salah dan silap temanku N, tapi Kak Y patut perlu berbincang dan jangan pendamkan segalanya seperti yang pernah dilakukan..mungin N tak sedar apa yang dilakukan menyinggung hati Kak Y...entahlah.. pokok panggalnya kkomunikasi penting dalam kehidupan kita...

tadi i got call from e-PML1, Shida, dia dah kawin, alhamdulillah...bukan tak ingat, tapi mungkin ada seguris luka yang ada dihati membuatkan aku mula lupakan dia....entahlah, aku sentiasa berdoa dalam sujudku, aku dapat memaafkan semua orang yang pernah melukakan hati ini.. dan ta salah kalau aku melupakan semua dan memafkan mereka...itu apa yang aku belajar bila kita duduk di satu penjuru dunia yang tidak banyak pembanggunan..

buat semua yang terluka, sabarlah, sesungguhnya, Allah menyatakan kekecewaan terletak diantara 2 kesenangan atau kebahagiaan...ujian Allah pelbagai, untuk menguji sejauh mana kentaknya iman dan dalamnya iman hambanya kepadanya...


al-fathihah untuk Arwah Apak......

erti cinta

030309-0230am-kuarters SKKM, tatau, Bintulu Sarawak.

cinta itu datang tanpa henti, tanpa mengenal siapa, tanpa menjengah masa dan ketika..tapi pabila cinta sejati menjengah hati, baru kita tahu betapa sucinya cinta, betapa bahagianya dicintai, betapa diri dihargai..walau denngan siapa pun, percayalah..cinta itu hebat, dan boleh buat kita buta mata dan buta hati untuk menilainya. Percayalah, adakala cinta lama menjengah hati, terusik hati untuk menggamit sebuah memori, tapi itu Cuma suatu memori yang tidak dapat diulangi. Adakala kita perlu percaya pada hati, apa kata hati, kerana hati yang paling dekat dengan diri kita, hati yang mudah terusik jiwanya, dan hati juga yang merasa kesan sakit dan bahagianya. Bila terkenang memori duka, ada baiknya diberikan kesukaran dalam meraih cinta, kerana itu janji Yang Esa, kekecewaan terletak di tengah-tengah kejayaan atau kebahagiaan...Allah ttidak akan menyiksa hambanya, tiap-tiap kesukaran dan dugaan sudah diukur dengan tahap ketabahan dan emampuan seseorang memikulnya. Dan apa yang terjadi, Allah sudah persiapkan untukku, dan dia tahu aku mampu harunginya..walaupun adakala hati ini menangis, merintih pilu.

Malam....

020309-01am-Kuarters SKKM, Tatau

Ntah kenapa, malam ni rasa hatiku nak berbicara sendirian, nak ku ungkapan sesuatu disebalik lubuk hati ku...nak ku luahkan tapi pada siapa, jadi ku utuskan di talian ini agar ada yang sudi mendengar...dan memberikan khidmat nasihat...dua tiga malam ni aku susah mahu lelapkan mata, tidak tahu kenapa, apa punca, tapi begitulah ceritanya...Pragnant?tidaklah..mungkin penat dan terlalu banyak yang difikirkan...tapi apa cerita yang difikirkan, aku pun tak pasti, yang penting cerita balik semenanjung tetap cerita utama kini. Tadi aku call kawan lama aku, wani, bertanya khabar....kebetulan, dia beri mesej yang dia aan ke khucing nextweek, family trip...kalau dekat memang boleh berjalan-jalan tapi malangnya, dari Binttulu ni dekat 8 jam lebih nak sampai kuching, jadi kalau daripada sekolah , ambil masa lebih 10 jam nak sampai khucing..jauh kan..jadi x bleh la, nak ikut....hanya beririm salam je pada yang pegi..bergosip sekali sekala kan, bila lama tak jumpa, Cokma n An nak kawin da, majlis akad nikahnya pada sabtu ni...x ajak pun...hehehe, bukan bleh pegi pun..Lobo pun dah jum pa seseorang yang boleh menjadi suri hidup dia..alhamdulillah..akhirnya dia jumpa jugak. Bila borak2, terkeluar gak cerita pasal, family X aku, alkisahnya, abangnya yang keje kat imegresyen kat KLIA tu dah keje kat Imeg.kat Pusat Bandar, bawah Ina, Isteri Khairul, Adik dia, tak keje pramugara lagi, katenya tidak disambung kontrak, and sekarang keje kat KLCC, baguslah...ely kate tak nyyusahkan mak bapak dia..x aku tu pulak, masih lagi mencari wanita yang sempurna dimatanya, fiza, awek dia sekarang dah dibawa ke rumah jumpa keluarganya, tapi dalam satu masa lagi, masih ada kekasih gelap...terdetik dihatiku, bila dia nak berubah, bila dia nak insaf, Alhamdulillah, keputusannya meninggalkan aku, adalah keputusan yang bijak, sekurang-kurangnya, aku berjumpa dengan orang yang sayang aku, dengan orang yang menghargai aku...kalau dulu, aku tak pernah dihargai, melutut untuk dicintai, aku tak tahu, betapa bodohnya aku untuk mencari cinta sewaktu itu, dan sekarang, aku adakala menyesal berjumpa dengannya, seakan menyalahkan diriku, terjerumus dengannya...tapi aku tahu, betapa menyesalnya sekarang, betapa aku menagisnya sekarang, apak tidak akan hidup kembali, semuanya takkan berputar ke belakang, tapi semuanya akan berjalan ke hadapan...kalau aku mampu berbuat sesuatu yang boleh menghidupkan apak kembali, pasti akan ku lakukan.....kalau aku tahu, aku akan kehilangan orang yang paling aku sayang, aku takkan pernah bersedih untuk berpisah dengan cintaku....kalau ku tahu apa yang terjadi hari ini, aku takkan menagis sepanjang malam....Ya Allah bantu la aku..bantulah aku, bantulah aku mengatasi kerinduan ini....Ya Allah cekalkan hati ini ya Allah.....Aku redho atas apa jua yang kau berikan pada ku.....Kau berikan aku kekuatan Ya Allah..Hanya Engkau yang Mampu memberikan aku kekuatan, kecekalan Ya Allah. Aku berserah padamu Ya Allah...